BACA E-MEL
Berikut adalah beberapa e-mel
yang dipilih dari mail bag OPOCOT. Kami tidak menyiarkan
alamat e-mel kerana adalah menjadi polisi kami tidak mempamirkan
e-mel kepada publik kerana menjaga kepentingan pengunjung OPOCOT.
Walaubagaimanapun kami menyiarkan nama dan lokasi seperti
yang tertera di dalam e-mel tersebut.
Kepada pengunjung lain yang inginkan
e-mel mereka tersiar, sila hantar kepada opocot@playful.com.
Kami akan memilih e-mel yang sesuai untuk disiarkan.
E-MEL #1
Syabas! kerana h.page ini. Diharap opocot tambah lagi
animation yang best-best. saya sokong 'usaha murni' ini.
Kak Noni, Kuala Lumpur.
OPOCOT: Terima kasih, kerana
komen kak Noni. OPOCOT akan sentiasa menambah karyanya.... tugas
Kak Noni, datang selalu!
E-MEL #2
Wei! Nama opocot ni gua punya nickname lah. Tiru ke?
Tolong jelaskan!
Opocot, Chat master, Dalnet.
OPOCOT: Hah?! Betul ke?
Pelanduk dua serupa kot?
E-MEL #3
Aku cari guestbook kat mana? Kenapa tak apply satu?
Cepat apply!
Industrial dude, Melaka.
OPOCOT: Kitorang sengaja
tak buat guestbook sebab,. Kitorang malas nak tapis guestbook
yang kadang-kadang mengarut! Hantar e-mel kan lebih senang?
E-MEL #4
Lembabnya page ni. anyhow, tahniah kerana good effort
ni. buat banyak-banyak! saya sudahpun pakai 2 dari animasi tu.
Zahari Othman, KLCC.
OPOCOT: Not to worry....
kitorang tengah tambah ni! Pasal lembab? Amacam versi ke2 ni
laju sikit tak?
E-MEL #5
Tahniah! Padat! Cadangan: Buat tips membuat animasi
dan tips membuat homepage. Pelbagaikan.
Zaina Zulkiflee, UM.
OPOCOT: Terima kasih! Cadangan
yang baik! Kami akan pertimbangkan!
E-MEL #6
Bagus jugak opocot ni..lagi pun saya terjumpa hp ni
dalam CARI MALAYSIA tu.
Pasttu lakk u all ada buat badge bendera tu lagi canteek. Kalau
boleh buat ler bendera negeri yg sedang berkibar.
itu aje lah komen saya... Buyy
Adir, Perak.
OPOCOT: Tengkiu.... Buyyyyyyyyyyyyyyyy......!
E-MEL #7
A'kum..
First of all, sorry atas teguran yang membina ni..
1- Ruang komen tiada ruang extra utk tukang komen membuat
komen extra... heheh... sebab tu aku terpaksa hantar email nih
semata2 nak kasi komen extra.. tak ke menyusahkan?? sila jawab
dalam masa 1 saat.. heheh..
2- Alamat email opocot@playful.com tidak di hyper-link kan
pada setiap halaman... menyusahkan aje sebab bila nak kasi email
kena taip email add tu... kan ke tak professional buat cam tuh?
ker, korang tak perasan... so, sekarang dah perasan
lah kan.. heheh..
3- Gif Animation kat sini kurang animasi bergambar la.. manyak
sangat animasi bertulisan yang rasanya semua orang pun boleh
buat.. tapi kira okay la, aku berbangga la pasat korang berusaha
nak berjasa pada orang melayu kan.. kira
tahniah la.. lain kali kot2 aku ter-rajin ke aku pass up lah
karya aku kat sana..
ok la.. jangan amik ati.. kan dah kata tadi teguran membina..
hehheh..
YaTiE.
OPOCOT: Alamak! Banyakknya
komen!? Tapi tengkiu a lot.... Sebenarnya banyak jugak komen
saudari yang kitorang tak perasan... dan kitorang dah pun betulkan!
Tengkiu sis!
-
-
- MENU
UTAMA I SOAL
JAWAB I CARA SALIN I SERTAI
AHLI I HANTAR KARYA I KOMEN I BACA E-MEL I DAPATKAN
LOGO OPOCOT
- Untuk
paparan yang terbaik, gunakan resolusi screen 800 X 600
- © OPOCOT adalah
hak milik gedekDESIGN
(001140731-T) Kuala Lumpur.
|